suria

Polis Cari Dua Lelaki Myanmar Disyaki Terlibat Dalam Kes Bunuh

IPOH: Polis pada Isnin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lelaki warga Myanmar yang pernah bekerja di sebuah ladang ayam di Tapah, kira-kira 50 kilometer dari sini supaya menghubungi mana-mana balai terdekat bagi membantu siasatan satu kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek berkata dua lelaki itu dikenali sebagai Hla Kyaw Sein, 36, dan Nyunt Win, 36.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung terus ke Ibu pejabat Polis Daerah Tapah melalui telefon 05-4015222 atau mana-mana balai polis berhampiran, katanya ketika dihubungi.

Roslan berkata dua lelaki itu dipercayai dapat membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki warga Bangladesh Abdul Salam, 36, yang ditemui mati di sebuah rumah di Taman Ria, Tapah, Khamis lepas.

Katanya mangsa yang cedera parah di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek keras adalah rakan sekerja kedua-dua warga Myanmar berkenaan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain