suria

Khalid, Saari kembali ke PAS Selangor

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dilantik semula ke jawatan masing-masing sebelum ini iaitu Timbalan Pesuruhjaya III dan Ketua Penerangan PAS negeri dalam mesyuarat pertama perhubungan negeri malam Isnin.

Pada November 2008, Khalid dan Saari dilucutkan jawatan oleh Datuk Dr Hassan Mohamad Ali yang ketika itu Pesuruhjaya PAS Selangor.

Tindakan itu dipercayai kerana Hassan "kepanasan" dengan kritikan berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abd Rani Othman pada sidang media semalam turut mengumumkan perlantikan exco kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad sebagai Timbalan Pesuruhjaya I.

Salehin Muhyi pula dipilih sebagai timbalan pesuruhjaya II.

Harakahdaily juga melaporkan Khairudin Othman dikekalkan sebagai setiausaha perhubungan negeri.

Khairuddin walaupun dilihat sealiran dengan Hassan, beliau dikatakan tiada masalah ekoran prestasi baiknya selama ini.

Rani juga berkata Izham Hashim telah dilantik sebagai bendahari yang baru.

Hassan pula dilantik ahli jawatankuasa bersama dengan seorang lagi Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali.

Turut dilantik adalah Noraini Husin, Mohd Sani Hamzan (Timbalan Ketua Pemuda negeri), Ahmad Mohd, Ustazah Mariam dan pakar IT Abdul Rahman Sadikin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain