suria

Empat Rumah Setinggan Di Loke Yew Musnah Terbakar

KUALA LUMPUR: Empat buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di kampung Jerat Cina, Jalan Loke Yew, di sini pagi Selasa melibatkan kerugian kira-kira RM100,000.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pusat, Jalan Hang Tuah, Mohd Marzuki Shaffie berkata 25 anggota termasuk dari Balai Bomba Pudu dan Chow Kit bergegas ke tempat kejadian apabila bomba menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Api mudah marak kerana rumah setinggan itu diperbuat daripada papan. Namun api berjaya dikawal sepenuhnya daripada merebak ke empat buah rumah lain di bahagian belakangnya setengah jam kemudian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kabel elektrik berhampiran rumah terbabit. "Kita akan menunggu hasil siasatan daripada unit forensik bomba untuk mengetahui punca sebenar kejadian," katanya sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain