Dr Mahathir Stabil, Perlu Banyak Rehat - Mukhriz - Semasa | mStar

Dr Mahathir Stabil, Perlu Banyak Rehat - Mukhriz

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi Rabu kini berada dalam keadaan stabil dan dinasihatkan berehat supaya pulih sepenuhnya. Anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata doktor menasihatkan bekas perdana menteri itu supaya berehat dengan secukupnya walaupun tidak mengalami sebarang masalah jantung yang serius.

"Tidak ada langsung masalah dengan jantung beliau. Cuma batuk, maksudnya paru-paru sikit... biasanya kalau dia batuk dia perlukan rehat secukupnya di IJN," kata Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ketika ditemui di lobi IJN selepas melawat ayahnya pada Rabu.

Katanya lagi, ayah beliau kini perlu menjalani rawatan fisioterapi seperti biasa, mengambil ubat antibiotik.

"Susah nak nasihatkan dia... dulu dia dah masuk 'gear lima', dah lama ini nak masuk 'gear rendah' susah, tetapi apa pun dia sendiri pun tahu kesihatan dia," katanya.

Beliau berkata, aktiviti luaran Dr Mahathir juga dikurangkan untuk memberinya peluang berehat memandangkan keadaan kesihatannya sekarang ini.

"Emak saya kini berada di sisinya untuk menjaga beliau... kita juga tidak mengalakkan lawatan daripada kawan-kawan buat masa ini bagi mengelakkan daripada berlaku jangkitan," kata Mukhriz.

Dr Mahathir, 85, dimasukkan ke wad biasa pada kira-kira 6 pagi tadi selepas mengadu demam dan batuk sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, tinjauan Bernama tengah hari tadi mendapati kawalan rapi dijalankan di sekitar kawasan wad itu di mana hanya anggota keluarga terdekat sahaja dibenarkan masuk. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain