suria

Kedai Jual Cat Dan Peralatan Logam Musnah Terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah kedai dua tingkat yang menjual cat dan peralatan logam musnah dalam kebakaran di Salak Selatan kira-kira 8.20 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Pudu, Shuhaimi Mahmood berkata pemilik kedai itu yang dikenali sebagai Teoh, 30, hanya menyedari kejadian itu berlaku ketika memasuki kedainya dan mendapati api sedang marak di bahagian belakang kedai berkenaan.

Sebanyak empat jentera bersama 28 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Pudu, Hang Tuah dan Tun Razak tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

"Semasa tiba di tempat kejadian api dah marak ke bahagian depan kedai itu.

Bagaimanapun kita berjaya mengawalnya dari merebak ke bahagian atas dengan mengambil masa setengah jam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Shuhaimi berkata barang-barang yang terdapat di dalam kedai terbabit merupakan bahan yang mudah terbakar dan api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 9.30 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain