suria

Kakak Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Datuk Paduka Saleha Mohd Ali, kakak Tun Dr Siti Hasmah, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini petang Isnin akibat kanser uterin.

Allahyarham berusia 88 tahun.

Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Sufi Yusoff, ketika dihubungi Bernama berkata, allahyarham meninggal dunia kira-kira 5.10 petang tadi.

Sementara itu anak Saleha, Zahedi Mohd Ali berkata jenazah ibunya dimandikan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya petang tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum Zohor esok.

Saleha, anak ketiga daripada 13 beradik, merupakan penaung Universal Peace Federation Malaysia. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain