suria

Enam Lagi Rakyat Malaysia Pulang Dari Libya Esok

KUALA LUMPUR: Enam lagi rakyat Malaysia dijadual tiba dari Libya di KLIA esok.

Mereka terdiri tiga pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan serta seorang petugas Ranhill Berhad, demikian menurut kenyataan Wisma Putra pada Jumaat.

Mereka dijangka tiba pada 7.30 pagi menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH187.

Lima pelajar itu adalah antara tujuh pelajar yang ditaja oleh World Islamic Call Society untuk mengikuti pengajian di Universiti Dakwah Islamiah di Tripoli.

Libya kini bergolak akibat bantahan rakyatnya terhadap pemimpin negara itu Muammar Gaddafi. -BERNAMA

Artikel Lain