suria

Kerajaan Johor Gesa Pelajar Mesir Kemas Kini Maklumat Masing-Masing

JOHOR BAHARU: Kerajaan Johor menggesa semua pelajar dari negeri ini yang pulang ke tanah air semasa penghantaran balik pelajar dari Mesir oleh kerajaan baru-baru ini supaya mengemas kini maklumat masing-masing dengan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Johor Datuk Maulizan Bujang berkata maklumat itu penting bagi memastikan tiada sesiapa yang tertinggal dalam proses kerajaan negeri membantu pelajar-pelajar berkenaan.

"Setakat ini hampir 400 pelajar sudah mengemas kini maklumat masing-masing. Namun begitu, kerajaan negeri yakin masih ada segelintir pelajar terutamanya pelajar persendirian belum melakukannya," katanya menerusi kenyataan, di sini, Rabu.

Maulizan berkata para pelajar boleh mengemas kini maklumat masing-masing dengan menghubungi pihak urusetia di Yayasan Pelajaran Johor melalui nombor telefon 07-2344355, 019-7755433, 017-7422278 atau muat turun borang di johordt.gov.my/ypj. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain