Usah Terlalu Takbur Di Kerdau : Muhyiddin - Semasa | mStar

Usah Terlalu Takbur Di Kerdau : Muhyiddin

TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau tidak terlalu yakin dan memandang remeh kekuatan parti lawan.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, seluruh jentera perlu bekerja keras sekalipun DUN berkenaan dilihat sebagai kubu kuat BN dengan lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu terdiri daripada kalangan anggota Umno.

"Kita tidak mahu terlalu yakin dan takbur, walaupun keadaan semuanya baik.

"Kita juga perlu ingat bahawa pengundi adalah raja dan mereka yang tentukan sama ada menyokong atau tidak dan waktu inilah kita mesti menunjukkan kemesraan, keprihatinan, kesediaan untuk menolong mereka dalam menghadapi masalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon B Nbagi pilihan raya kecil itu di Dataran Sri Ketumbit, dekat sini hari ini.

Muhyiddin sebelum itu mengumumkan Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang sebagai calon BN pada pilihan raya kecil berkenaan.

DUN Kerdau Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pula pada 6 Mac.

Muhyiddin berkata terdapat 8,999 pengundi di DUN berkenaan, dengan 4,920 pengundi terdiri daripada kalangan anggota Umno.

"Kita yakin Syed Ibrahim adalah calon terbaik, calon yang boleh diterima, yang bukan saja boleh menang tapi boleh cemerlang," katanya.

Beliau berkata menjadi cabaran kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BN, untuk mendapat keputusan cemerlang berbanding keputusan pada pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.