Orang Ramai Sambut Baik MRT Jajaran Sg Buloh-Kajang - Semasa | mStar

Orang Ramai Sambut Baik MRT Jajaran Sg Buloh-Kajang

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Bhd, Shahril Mokhtar (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Mohd Nur Kamal melihat peta jajaran projekTransit Aliran Massa (MRT) Lembah Kelang bagi Jajaran Sungai Buloh-Kajang di Kuala Lumpur, Ahad.
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Bhd, Shahril Mokhtar (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Mohd Nur Kamal melihat peta jajaran projekTransit Aliran Massa (MRT) Lembah Kelang bagi Jajaran Sungai Buloh-Kajang di Kuala Lumpur, Ahad.

KUALA LUMPUR: Hari terbuka projek Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Kelang bagi Jajaran Sungai Buloh-Kajang di pusat membeli-belah Mid Valley Ahad mendapat sambutan orang ramai yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang jajaran tersebut selain memberikan maklum balas masing-masing.

Hari terbuka tersebut antara lain menawarkan orang ramai peluang untuk melihat imej satelit jajaran tersebut dari ketinggian 12 meter, rancangan perolehan tanah, maklumat tentang kerja-kerja pembinaan dan ciri-ciri stesen.

Tinjauan mStar Online mendapati mereka kebanyakannya menyambut baik usaha memantapkan sistem pengangkutan awam yang menjadi satu perkara penting dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan mempunyai kaitan dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Greater Kuala Lumpur-Lembah Klang.

Jurutera, Chang Wen Jye yang menyetujui pembinaan jajaran MRT itu berkata, ia dapat memperkembangkan kawasan di sekitar jajaran tersebut kerana lebih banyak pusat membeli-belah dan kemudahan awam akan disediakan.

Dia berharap jajaran Sungai Buloh-Kajang itu mempunyai laluan bawah tanah supaya ia tidak mengganggu panorama serta landskap kawasan tersebut selain menyebabkan kesesakan trafik semasa pembinaan jajaran tersebut.

"Ia seharusnya sama seperti MRT di Hong Kong dan Singapura," katanya yang menetap di Kota Damansara.

Jajaran Sungai Buloh sepanjang 51 kilometer (km) itu mempunyai jarak laluan bawah tanah sepanjang 9.5 km, 35 buah stesen, 4 buah stesen persilangan dan 11 buah stesen park-and-ride.

Ia akan merentasi kawasan seperti Kota Damansara, Damansara, Bukit Damansara, Bukit Bintang, Projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), Cochrane, Cheras, Bandar Tun Hussein Onn, Balakong dan Kajang.

Sementara itu, Romzi Sulaiman yang bertugas di syarikat swasta memberitahu, pembinaan jajaran baru itu kena pada masanya kerana merupakan penyelesaian kepada kesesakan jalan raya sekarang.

Dengan pengangkutan awam yang lebih efisien dan terarah, katanya, orang ramai akan terdorong untuk menggunakan pengangkutan awam seperti perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM), termasuk transit aliran ringan (LRT) dan komuter.

"Menurut laporan yang saya baca baru-baru ini, penulis menyatakan langkah membina lebuh raya tidak lagi mampu menyelesaikan kesesakan jalan raya di negara ini.

"Dengan adanya jajaran tersebut, ia dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan trafik. Ia juga dapat menggalakkan sektor pelancongan," katanya yang tinggal di Kelana Jaya dan menggunakan transit aliran ringan (LRT) untuk bekerja di pusat bandar.

Untuk memastikan orang ramai tertarik menggunakan pengangkutan awam, Romzi menambah, pembinaan jajaran baru MRT itu diharapkan mempunyai integrasi yang baik dengan pengangkutan awam yang lain seperti LRT, komuter, dan sebagainya.

Jelasnya lagi, para penggunanya haruslah senang bertukar mod pengangkutan serta pengangkutan awam itu disokong dengan kemudahan lain seperti tempat letak kereta yang banyak.

Sementara itu, peniaga kain sari, S. Thilagavathy memberitahu, pembinaan jajaran baru itu dilihat mampu meningkatkan perniagaan serta menjana ekonomi penduduk di sekitar stesen MRT.

Dia yang berniaga di Balakong berkata, orang ramai dapat mudah berulang alik ke kedainya sekiranya ia terletak berhampiran stesen MRT yang bakal dibina kelak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PAS Dan Umno Perlu Pertahankan Hak Melayu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Spurs pecat Pochettino!