PM Akan Buat Pengumuman Penting Di Kampung Baru Sabtu - Semasa | mStar

PM Akan Buat Pengumuman Penting Di Kampung Baru Sabtu

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 orang dijangka menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rancangan mengimarahkan Masjid Jamek Kampung Baru sempena program Ziarah Masjid pada Sabtu. Pengerusi jawatankuasa masjid itu Datuk Idris Shaari Mat Deris berkata Najib juga bakal membuat satu "pengumuman penting" pada majlis itu.

Bercakap dalam sidang media di masjid berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Salleh Yusup dan Pengarah Urusan Zikay Group Datuk Mohd Khay Ibrahim, Idris berkata Perdana Menteri akan merasmikan program itu selepas menunaikan solat Asar berjemaah.

Pelbagai program diatur sempena majlis itu seperti bacaan Al-Quran, tadarus, ceramah oleh juara progam realiti Imam Muda musim pertama, Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, dan pengagihan kira-kira 6,000 paket bubur lambuk kepada orang ramai, katanya.

Najib juga dijadualkan menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan bangunan 40 tingkat yang mempunyai 250 bilik hotel, kondominium 130 unit dan 16 unit kedai komersil di kawasan berkenaan.

Projek itu, yang terletak di sebelah bangunan Zikay di Jalan Raja Alang, membabitkan kos pembangunan kira-kira RM190 juta. Mohd Khay berkata Zikay Group telah menerima arahan pembangunan dari DBKL bagi membolehkan kerja pembinaan dimulakan pada suku kedua tahun ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Phnom Penh Melakukan Pencerobohan - Bangkok

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain