suria

JKM Belanja RM5.81 Juta Bantu Mangsa Banjir Kali Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membelanjakan RM5.81 juta setakat ini untuk menguruskan pusat pemindahan di empat negeri yang terlibat dengan banjir kali ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jumlah itu meliputi penyediaan bantuan makanan serta keperluan asas kepada mangsa banjir di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

"Sepanjang tempoh kejadian banjir kali ini, sebanyak 430 buah pusat pemindahan telah dibuka oleh JKM yang mana 194 pusat masih lagi beroperasi yang menempatkan 44,672 orang mangsa," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.

Selain itu katanya, JKM juga telah menyediakan 1,147 petugas dan 2,150 sukarelawan untuk membantu dalam kerja pengurusan pesat pemindahan mangsa banjir dan urusan penyaluran bantuan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Sarawak Jumpa PM Ahad Ini

Artikel Lain