Pengundi Boleh Nilai Pemimpin Cakap Benar Atau Sebaliknya - Semasa | mStar

Pengundi Boleh Nilai Pemimpin Cakap Benar Atau Sebaliknya

SEGAMAT: Sudah sampai masa bagi pengundi di kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, menilai antara pemimpin yang bercakap benar dan pemimpin yang banyak membuat tomahan serta andaian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sejak kempen pilihan raya kecil itu bermula Sabtu lepas, pengundi DUN Tenang kini boleh menilai pemimpin yang bercakap semata-mata untuk memancing sokongan politik.

"Apabila mai (tiba) saat-saat untuk memangkah (mengundi) dia menjahiliahkan orang," katanya kepada pemberita selepas beliau mengadakan perjumpaan dan beramah mesra dengan guru kelas agama dan fardu ain (Kafa), imam dan guru takmir zon selatan di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang Jahiliah.

Jamil Khir berkata Nik Abdul Aziz tidak konsisten dalam setiap kenyataan yang dibuatnya.

Beliau berkata, begitu juga dengan Maarof Abd Mutalib, suami kepada calon PAS pada pilihan raya kecil itu, Normala Sudirman yang mendapat cuti sakit (MC) selama 21 hari sedangkan beliau dilihat sering berkempen untuk isterinya.

"Dia (seorang guru) dapat surat cuti (MC) hingga 21 hari, apa nasib anak bangsa kita yang memerlukan pendidikan tetapi dia ambil cuti kerana tekanan perasaan tetapi boleh berjalan dengan isteri ke sana sini," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu Ahad, melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan Normala Sudirman, 38, dari PAS.

Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Penerbitan Komponen Penting Industri Kreatif

Artikel Berikut

Pengundi Dinasihat Keluar Mengundi Awal

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain