suria

Rasuah: Pegawai Polis Dan Ahli Perniagaan Dihukum Penjara Dua Tahun, Denda RM30,000

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, memerintahkan seorang pegawai polis dan seorang ahli perniagaan menjalani hukuman penjara selama dua tahun dan membayar denda RM30,000 selepas disabitkan bersalah atas tuduhan rasuah, tujuh tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Katar turut memerintahkakn supaya Inspektor V. Vijayan dan Anthony Michael Joseph menjalani hukuman penjara lapan bulan, jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Bagaimanapun, beliau membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara bagi memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Keputusan itu dibuat selepas Abu Bakar mendapati pembelaan yang dikemukan kedua-dua tertuduh yang diwakili oleh peguam V. Aravindhakshan gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Perbicaraan melibatkan 16 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan.

Vijayan, 31, yang bertugas di Balai Polis Brickfields, di sini dan Anthony, 43, didakwa atas tuduhan bersetuju menerima suapan bernilai RM3,000 daripada seor,ang peniaga makanan, S. Ganeswaran pada antara pukul 1 dan 2 petang, 20 Ogos 2004 di Blok 17, Taman Setapak Indah, di sini.

Mereka juga didakwa atas tuduhan menerima suapan tersebut di Stesen Minyak Shell, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, di sini pada pukul 9.40 malam, hari yang sama.

Pendakwaan dkendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fadzillah Mohd Osman mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Artikel Lain