suria

Kelab Putera 1Malaysia Salan JLKN Ada Mekanisme Bagi Ambil Calon Sukarela

KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hari ini disaran mewujudkan mekanisme khas bagi mengenal pasti mereka yang ingin menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) secara sukarela.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kerajaan harus memberi peluang kepada mereka yang ingin menyertai kursus PLKN tetapi tidak terpilih dalam pemilihan rawak JLKN untuk program tersebut yang dimulakan pada 2004.

"Mereka ini ada inisiatif sendiri untuk menyertai PLKN dan tidak berasa dipaksa dan kerajaan harus bagi peluang kepada mereka," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.

Beliau turut menyokong langkah JLKN mengheret remaja yang ingkar mengikuti kursus PKLN ke muka pengadilan untuk dikenakan tindakan denda dan melakukan khidmat masyarakat selama 240 jam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain