suria

Identiti Wanita Yang Ditemui Mati Di Berapit Ahad Lepas Belum Diketahui

BUKIT MERTAJAM: Polis belum dapat mengenalpasti identiti wanita yang dijumpai mati dalam keadaan bogel berhampiran belukar dekat Berapit Ahad lepas, ekoran keadaan mayat yang lebih 80 peratus reput.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata pihaknya juga masih belum menemui sebarang petunjuk bagi mengaitkan kematian wanita yang dipercayai berumur antara 28 dan 35 tahun itu.

Katanya sebentuk cincin perak ditemui di jari hantu sebelah kiri wanita berbadan kurus dengan ketinggian sekitar 160 sentimeter itu, selain 12 utas gelang perak di lengan kanannya.

"Polis harap barang-barang ini dapat memberi petunjuk baru bagi mengenal pasti anggota keluarga wanita itu," katanya pada sati persidangan akhbar di sini Khamis.

Azman meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga atau dapat mengenal pasti barang-barang yang yang ditemui itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Suriman Shahtim dengan menelefon 04-5382222 atau 012-4188669. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tujuh GRO Rakyat China Diberkas

Artikel Berikut

Artikel Lain