suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Dakwa Ditumbuk Semasa Kemalangan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa ditumbuk dan dimarahi seorang lelaki selepas kereta yang dipandunya terlanggar kereta lelaki itu di hadapan Ampang Point di sini pada 20 Disember lepas.

Malah lelaki itu turut mengugut untuk mencederakan anak wanita itu yang merakamkan pergaduhan tersebut, kata Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Michael Chong.

Katanya kejadian berlaku pada tengah hari ketika Wong Lai Yee, 43, yang sedang dalam perjalanan bersama seorang wanak perempuan berusia 12 tahun dan seorang anak lelaki berusia 20 tahun, terlanggar bahagian belakang kereta lelaki itu semasa membelok ke satu simpang.

"Selepas perlanggaran itu lelaki berumur 40-an itu memarahi Wong dan mengatakan bahawa dia bersikap kurang ajar lalu menumbuk lengan kanannya serta menendang pintu hadapan sebelah kanan sehingga kemek," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Selasa.

Beliau berkata Wong, yang tidak berpuas hati dengan perbuatan lelaki itu, telah menyuruh anak lelakinya merakamkan pergaduhan itu namun diugut oleh lelaki tersebut.

Chong berkata selepas pergaduhan itu lelaki itu melarikan diri manakala Wong membuat lapran polis di balai Ampang Jaya. -BERNAMA

Artikel Lain