suria

Qantas Lakukan Lebih Banyak Pemeriksaan Enjin

MELBOURNE: Qantas Airways akan menjalankan pemeriksaan selanjutnya ke atas enjin Airbus A380 selepas Biro Pengangkutan dan Keselamatan Australia mengeluarkan peringatan keselamatan.

Penyiasat keselamatan Australia itu berkata masalah tersebut berkaitan dengan potensi kerosakan paip minyak yang boleh membawa kepada keretakan, kebocoran minyak dan potensi kerosakan enjin daripada api minyak.

"Pemeriksaan tambahan enjin itu dilakukan ekoran pemeriksaan komponen daripada enjin yang terlibat dalam peristiwa pada 4 Nov, 2010, lalu di ruang udara Indonesia.

"Tiada risiko segera kepada keselamatan penerbangan dan ia tidak sepatutnya mengganggu penerbangan antarabangsanya," kata Qantas dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Ia berkata pemeriksan tambahan itu dilakukan hari ini dengan kedua-dua pesawat A380 itu yang ketika ini sedang diservis akan diperiksa di pengkalan jetnya di Sydney.

"Qantas tidak menjangka pada tahap ini yang pemeriksaan itu akan memberi kesan kepada perkhidmatan antarabangsa.

"Bagaimanapun, pelan luar jangka akan disediakan," kata syarikat penerbangan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain