PKR: Lagi Tekanan Salah Laku Pemilihan - Semasa | mStar

PKR: Lagi Tekanan Salah Laku Pemilihan

PETALING JAYA: Sekiranya nama boleh diubah, apatah lagi dengan jumlah undi, kata calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, sebagai contoh cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tampin mencalonkannya dan Chang Lih Kang bagi jawatan Ketua AMK dan Naib Ketua AMK, namun nama mereka tidak terdapat dalam sistem data pencalonan.

Sebaliknya menurut beliau nama penyandang Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Khairul Anuar telah dimasukkan dalam sistem data pencalonan berkenaan.

Bagaimanapun Badrul Hisham berkata hingga kini beliau masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) walaupun sudah menghantar surat aduan sejak sebulan yang lalu.

Beliau yang juga antara pejuang reformis PKR juga turut menghantar surat kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan menyenaraikan beberapa salah laku sepanjang proses pemilihan yang berakhir Ahad lalu.

Badrul Hisham yang menggesa siasatan terbuka dijalankan turut mendakwa wujudnya jumlah undi tidak konsisten yang dimuatkan dalam laman web parti.

"Ada jumlah yang berubah di pertengahan minggu," katanya dalam surat berkenaan.

Badrul Hisham ketinggalan lebih daripada 1,000 undi dibelakang Shamsul Iskandar bagi saingan Ketua AMK.

Selain itu beliau turut menggesa agar keputusan pengundian bagi cabang Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Kubang Pasu dan Rembau yang digantung disiasat oleh badan bebas.

"Sebuah badan bebas perlu dengan segera menjalankan siasatan berhubung perkara ini," katanya.

Beliau turut mendakwa peti undi di Libaran dan Sandakan telah dibawa ke beberapa tempat berbeza untuk dijumlahkan tanpa kehadiran wakil calon.

Artikel Sebelum

Persidangan MB & KM Di Bawah PR Isnin Depan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain