Program Latihan Askar Wataniah Diperkenalkan Pada Kursus PTD - Semasa | mStar

Program Latihan Askar Wataniah Diperkenalkan Pada Kursus PTD

PUTRAJAYA: Progam latihan Askar Wataniah akan diperkenalkan sebagai satu kurikulum kursus Diploma Pengurusan Awam, yang diikuti pegawai-pegawai muda Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata selain modul latihannya sendiri, INTAN akan turut menerapkan modul kursus perkhidmatan berpakaian seragam lain seperti Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia.

"Ia akan dilaksanakan pada pengambilan bulan ini," katanya pada majlis pelancaran pasukan sukarela Askar Wataniah di JPA, di sini, Selasa.

Pada Sept lalu, Abu Bakar berkata JPA sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus pegawai PTD bagi menambah baik program sedia ada.

Mengenai program Askar Wataniah JPA, Abu Bakar berkata penekanan latihan yang berkaitan elemen patriotisme, ketahanan psikologi, keutuhan disiplin dan kecergasan jasmani mempunyai kekuatan dalam pembangunan dan pemantapan modal insan penjawat awam bagi membantu transformasi negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

Beliau berkata program latihan Askar Wataniah itu akan diperluaskan kepada kementerian lain secara berperingkat.

"Hasil kajian yang dilaksanakan oleh JPA menunjukkan kesediaan pegawai awam di JPA dan seluruh sektor awam berminat untuk menyertai pasukan berorientasikan sukarela.

Abu Bakar berkata JPA akan menubuhkan sebuah Unit Khas yang akan memfokuskan kepada pelaksanaan Askar Wataniah warga JPA.

"DifahamkanRejimen 515, JPA akan memantau latihan Askar Wataniah bagi warga JPA di Putrajaya, Cyberjaya, Bangunan Sapura. -BERNAMA.

Artikel Berikut

ROS Syor Nama Baru Pakatan Pembangkang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain