suria

Dr Jeffrey Dan Penyokongnya 'Kebingungan' Tanpa Zaid Dalam PKR

KOTA KINABALU: Naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengakui berada dalam "kebingungan" berikutan tindakan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu Datuk Zaid Ibrahim keluar parti. Dr Jeffrey bagaimanapun menafikan andaian pihak akhbar yang beliau akan mengikuti jejak langkah Zaid.

"Saya sedang bercuti hingga hujung tahun ini, saya masih ada masa untuk melihat keadaan - berfikir, menilai dan muhasabah diri," katanya kepada pemberita di sini. Dr Jeffrey secara terbuka telah menyokong

Zaid dalam pemilihan PKR untuk merebut kedudukan nombor dua parti.

"Kami percaya beliau seorang yang berprinsip. Beliau menyokong aspirasi kami, dalam usaha memulih dan menghormati hak kami (Malaysia Timur)," kata beliau.

Dr Jeffrey berkata: "Kami ingin mempunyai tokoh pada pucuk pimpinan parti yang memahami kedudukan kami di sini, di Sabah". "Kini beliau telah keluar parti, kami kebingungan sebenarnya. Kami tidak tahu siapa atau boleh mendapat jaminan dari pemimpin (lain PKR) yang mereka menghormati hak Sabah dan Sarawak," katanya.

-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain