suria

DBKL Sudah Siap Sedia Hadapi Banjir, Kata Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR: Anggota penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir di ibu kota, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya DBKL bersama agensi-agensi kerajaan lain seperti Yayasan Wilayah Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam akan memberi bantuan membantu warga kota sekiranya berlaku banjir di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Korban Perdana 2011 anjuran Pemuda Umno Lembah Pantai dan Persatuan Penduduk Apartment Haji Abdullah Hukum di perkarangan Madrasah Nurul Huda di sini, hari ini.

Kali terakhir Kuala Lumpur mengalami banjir besar adalah pada 10 Jun, 2007 apabila beberapa kawasan utama bandar raya ditenggelami air sehingga satu meter, dan antara kawasan paling teruk dilanda banjir ketika itu adalah Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul, Dataran Merdeka, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi dan Jalan Kampung Pandan.

Mengenai majlis korban, Raja Nong Chik berkata 26 ekor lembu disembelih bermula dari pukul 10 pagi sehingga tengah hari ini membabitkan kerjasama umat Islam yang menetap di Apartment Abdullah Hukum. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Kembali Adakan Sidang Media

Artikel Berikut

Artikel Lain