suria

RM10.8j Untuk Orang Asli

GUA MUSANG: Masyarakat orang asli di kawasan Pos Brooke menerima peruntukan sejumlah RM10.8 juta bagi tujuan pembangunan termasuk pembinaan 200 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Peruntukan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di majlis ramah mesra bersama penduduk orang asli Pos Brooke di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke di sini, Rabu.

"Kerajaan amat prihatin tentang tempat tinggal rakyat... oleh itu kita setuju supaya dibina 200 unit rumah PPR yang bernilai RM36,000 setiap unit," katanya.

Selain itu Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.7 juta bagi program membaik pulih 250 unit rumah rumah di kawasan itu.

Turut diumumkan ialah peruntukan sejumlah RM150 ribu bagi tujuan membekal 30 generator elektrik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain