Kes Lupus Bukti Sosilawati : Remaja Kemuka Rayuan Berhubung Sabitan, Hukuman - Semasa | mStar

Kes Lupus Bukti Sosilawati : Remaja Kemuka Rayuan Berhubung Sabitan, Hukuman

SHAH ALAM: Seorang remaja yang dipenjara tujuh tahun selepas mengaku melupuskan bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, hari ini mengemukakan rayuan berhubung sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Bekas mekanik iaitu K.Saravanan, 19, memfailkan rayuan itu melalui firma Tetuan A S Dhaliwal di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini, Selasa.

Pada 15 Okt lepas, Saravanan dan V. Suresh, 26, masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datuk, Banting selepas mengaku bersalah.

Dalam notis rayuannya, Saravanan menyatakan dia tidak berpuas hati dengan keputusan Majistret Hurman Hussain.

Peguam Avtar Singh Dhaliwal yang menerima arahan keluarga Saravanan untuk memfailkan rayuan itu, memberitahu Bernama bahawa Mahkamah Tinggi belum menetapkan tarikh untuk mendengarnya.

Saravanan dan Suresh masing-masing menghadapi tujuh pertuduhan melupuskan bahan bukti mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan Hurman menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap mereka bagi setiap kesalahan, serta memerintahkan mereka menjalani hukuman itu secara serentak, yang bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 9 Sept tahun ini.

Mereka adalah antara lapan yang ditahan polis antara 9 dan 12 Sept berhubung kes kehilangan Sosilawati dan tiga lelaki pada 30 Ogos lepas.

Saravanan didakwa melupuskan bahan bukti dengan membakar mayat Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu peribadi Kamaruddin Shansuddin, 44, Mayat kesemua mangsa dibakar di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam, pada 30 Ogos.

Suresh pula didakwa melupuskan bahan bukti dengan membuang abu mayat mangsa ke dalam Sungai Panchau, Jalan Morib-Banting, antara 8 pagi dan 10 pagi, pada 31 Ogos. Pada 13 Okt lepas, peguam N.Patmanabhan dan tiga pekerja ladang iaitu T.Thilaiyalagan, 19, R.Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret yang sama atas pertuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin. - BERNAMA

Artikel Berikut

Ketua Juruwang Bank Didakwa Curi RM910,000

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa