suria

Nelayan Vietnam Guna Nombor Pendaftaran 'Klon' Ceroboh Perairan Negara

KUCHING: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) wilayah Sarawak menahan dua buah kapal tunda laut dalam milik nelayan Vietnam yang menggunakan nombor pendaftaran palsu tempatan dalam dua operasi di perairan Tanjung Po, semalam dan hari ini.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata seramai 23 nelayan Vietnam ditahan dan pihaknya turut merampas tangkapan hasil laut seberat satu tan dalam operasi pada pukul 12.50 tengahari semalam dan 1.15 pagi tadi itu.

"Dua kapal asing yang ditahan dipercayai telah membuat klon (memalsukan) nombor pendaftaran kapal laut dalam tempatan untuk mengelirukan pihak berkuasa dan ini merupakan taktik nelayan asing untuk menceroboh perairan negara ini," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Beliau berkata tangkapan terbaru itu adalah kes kelima membabitkan pemalsuan nombor pendaftaran kapal tunda laut dalam yang berjaya dikesan APMM bagi tempoh 10 bulan tahun ini. - BERNAMA

Artikel Lain