Mayat Murid Tahun Enam Yang Lemas Ditemui - Semasa | mStar

Mayat Murid Tahun Enam Yang Lemas Ditemui

KUALA KRAI: Mayat seorang murid Tahun Enam yang hilang di Sungai Kelantan, dekat Dabong tengahari kelmarin ditemui kira-kira pukul 11.15 pagi Ahad.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Nasir Hassan berkata, mayat Raja Nurafi Raja Hussain, 12, ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

"Operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari ketiga diteruskan seawal 9 pagi tadi dan anggota penyelamat telah melakukan operasi menyelam dengan jarak lebih jauh iaitu lima kilometer dari tempat mangsa tetapi tidak menemui sebarang petunjuk.

"Anggota kita berpatah balik mencari tidak jauh dari kawasan mangsa terjatuh iaitu berhampiran muara Sungai Galas dan Sungai Pergau dekat Dabong itu, dan melihat satu objek terapung sebelum mengenal pasti ia adalah mayat mangsa," katanya kepada Bernama, di sini, Ahad.

Nasir berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan difahamkan dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.

Raja Nurafi, murid Sekolah Kebangsaan Dabong, dipercayai terjatuh di sungai itu kira-kira pukul 11 pagi Jumaat.

Anak bongsu dari tujuh beradik itu dikatakan sempat meminta duit RM1 daripada ibunya sebelum keluar dari rumah.

Dia kemudian dipercayai telah pergi ke sungai tanpa memaklumkan kepada kedua ibu bapanya sebelum dilaporkan terjatuh ke dalam sungai tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Model Politik Baru Mungkin Diwujudkan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain