Hukuman ISA Ke Atas Tujuh Pegawai Imigresen Berdasarkan Peruntukan Undang-Undang - Semasa | mStar

Hukuman ISA Ke Atas Tujuh Pegawai Imigresen Berdasarkan Peruntukan Undang-Undang

KUALA LUMPUR: Hukuman tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia tidak harus dilihat sebagai hukuman berat, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman.

Beliau berkata sebaliknya hukuman itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada berdasarkan bukti kukuh yang dikumpul polis.

"Tindakan ISA itu satu keputusan yang telah pun difikirkan oleh kerajaan.

"Biasalah pada kita yang tak tahu (hasil siasatan) ni, mesti kita kata keraslah, kejamlah dan sebagainya," katanya selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Wilayah Tengah Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) 2010 di sini, Khamis.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mendedahkan sembilan individu terdiri tujuh kakitangan Jabatan Imigresen dan dua warga asing, ditahan di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.

Abdul Rahman yang ditukarkan sebagai Setiausaha Bahagian Imigresen di Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkuatkuasa Jumaat ini, berkata hukuman itu setimpal kerana kesalahan mereka telah menggugat keselamatan negara selain menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.

"Ini wajar menjadi peringatan kepada anggota lain supaya tidak mengamalkan salah laku kerana mereka perlu bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di semua pintu sempadan negara, tindakan segera telah dilaksanakan khususnya bagi mengelakkan kegiatan sindiket penyeludupan warga asing.

Menurutnya selain itu pegawai penyelia juga ditugaskan untuk mengawasi anggota bawahannya khususnya jika mereka hidup melampaui kemampuan kewangan masing-masing. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Enam Maut Kereta Rempuh Pokok di Kampar

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia