suria

Nurul Izzah Tak Layak Bertanding Timbalan Presiden PKR?

KUALA LUMPUR: Sama ada tiada maklumat atau salah komunikasi, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masih berteka-teki mengenai pendiriannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Semasa ditemui di lobi Parlimen, beliau memberitahu akan mengumumkan pendiriannya itu setelah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengeluarkan senarai penuh calon yang layak bertanding bagi pemilihan peringkat pusat.

Sedangkan pada masa yang sama, jurucakap JPP, Raden Shamsul Akmar memaklumkan bahawa Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan daripada Keningau, Sabah seterusnya tidak melayakkan beliau bertanding selepas pencalonan cabang pada ditutup pada 10 Oktober.

Malah menurut laporan portal berita, Malaysiakini pada Selasa, pihak penyelaras JPP yang menghubungi anak sulung Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mendakwa tidak tahu bilangan pencalonan yang diterimanya.

"Saya akan umumkan pendirian bila Pusat keluarkan senarai layak bertanding jawatan Timbalan Presiden... saya juga tengah tunggu senarai itu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini.

Difahamkan senarai penuh pencalonan bagi jawatan peringkat pusat akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Oktober ini.

Difahamkan senarai penuh pencalonan bagi jawatan peringkat pusat akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Oktober ini.

Sebelum ini Nurul Izzah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR.

Sehingga berakhirnya pemilihan peringkat cabang dua minggu lalu, lima pemimpin mendapat pencalonan yang cukup pencalonan bagi melayakkan mereka bertanding bagi jawatan nombor dua.

Mendahuli senarai dengan kedudukan selesa ialah Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dengan 98 pencalonan, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim (38); Naib presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, Mustafa Kamil Ayub (17); Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (6); Pengarah Strategik PKR, Tian Chua (5) dan Nurul Izzah (3).

Bagaimanapun minggu lalu Zaid membayangkan akan bertanding jawatan Presiden jika anak sulung Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berhasrat merebut jawatan Timbalan Presiden.

Sementara itu mengulas mengenai keputusan Abdul Khalid bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, Nurul Izzah berkata: "Saya alu-alukan Menteri Besar nak tanding (jawatan) Timbalan Presiden."

Artikel Lain