suria

Ibu Kota Sesak Dengan Manusia Beli-Belah Saat Akhir Sebelum Raya

Kesesakan teruk sepanjang Lebuh Raya Persekutuan malam tadi. Foto - DARRAN TAN / The Star.
Kesesakan teruk sepanjang Lebuh Raya Persekutuan malam tadi. Foto - DARRAN TAN / The Star.
Kesesakan teruk sepanjang Lebuh Raya Persekutuan malam tadi. Foto - DARRAN TAN / The Star.

KUALA LUMPUR: Jalan utama dan pintu masuk ke ibu kota kini penuh sesak dengan kenderaan apabila orang ramai mengambil peluang cuti hujung minggu dan persekolahan untuk keluar membeli-belah pada saat-saat akhir menjelang raya.

Tinjauan mStar Online mendapati, Jalan Kuching dari Utara menunju ke ibu kota dan Jalan Persekutuan dari Petaling Jaya menuju ke ibu kota penuh sesak dengan kenderaan.

Seorang pembaca mengirim email kepada mStar Online memaklumkan bahawa dari rumahnya di Shah Alam ke Seksyen 16 Petaling Jaya, mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke pejabat kerana laluan menuju ke ibu kota dari Jalan Persekutuan penuh sesak dengan kenderaan.

"Semua orang mempunyai mentaliti yang sama iaitu nak keluar membeli-belah hari ini...yang menjadi mangsa ialah orang seperti saya yang dalam perjalanan ke tempat kerja," ujarnya.

Dalam pada itu, lokasi tumpuan ramai seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga ke kawasan Masjid India dipenuhi dengan orang ramai yang mahu mengambil peluang cuti untuk melakukan urusan membeli-belah pada saat-saat akhir bersama anak-anak.

Kebanyakkan menuju ke kawasan bazar Masjid India untuk mendapatkan baju kurung atau baju Melayu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain