suria

JPJ Kelantan Cadang Pasang Lampu Di Lokasi Berisiko Kemalangan

KOTA BARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bercadang memasang lampu jalan sepanjang lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan jalan raya bagi mengelak kemalangan pada musim perayaan ini.

Pengarahnya Abdul Ghani Che Kassim berkata dengan kerjasma pelbagai pihak termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), pihaknya juga merancang untuk membanyakkan pemasangan papan-papan tanda amaran di lokasi-lokasi berkeaan.

Beliau berkata selain itu pihaknya akan mengadakan kawalan dan rondaan 24 jam di sepanjang jalan Persekutuan sejauh lebih 100 kilometer dari simpang Tiga Guchil, Kuala Krai ke Mentara, Sempadan Kelantan/Pahang dalam usaha mencegah kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan sepanjang musim perayaan ini.

Menurutnya langkah kawalan dan rondaan 24 di kawasan berkenaan pada musim perayaan tahun lepas menunjukkan hasil yang cukup memberangsangkan apabila tiada kemalangan maut dilaporkan di lokasi itu.

"Ini menunjukkan suatu perkembangan yang cukup memberangsangkan bukan saja kepada pihak kami tetapi juga buat pihak berkuasa lain, terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam mencegah kemalangan jalan raya di Kelantan," katanya kepada Bernama di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain