Tujuh Nelayan Malaysia Dibebaskan Oleh Pihak Berkuasa Indonesia - Semasa | mStar

Tujuh Nelayan Malaysia Dibebaskan Oleh Pihak Berkuasa Indonesia

JOHOR BARU: Tujuh nelayan Malaysia yang ditahan oleh petugas Kementerian Kelautan dan Perikatan Indonesia pada Jumaat lepas kerana dikatakan menceroboh perairan negara itu telah dibebaskan dan telah pulang ke sini pagi ini.

Kesemua mereka tiba dengan sebuah feri penumpang dari Batam di Jeti Stulang pada 11.20 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Mereka kemudiannya dibawa ke Pengerang untuk bertemu keluarga.

Dalam kejadian pada Jumaat lepas, tujuh daripada 15 nelayan tempatan itu ditahan dan dipercayai dibawa ke perairan Indonesia oleh sebuah bot penguatkuasa perikanan negara itu ketika menangkap ikan di perairan Kota Tinggi kerana didakwa menceroboh perairan negara itu.

Pasukan Gerakan Marin Malaysia pula dilaporkan menahan tiga orang petugas kementerian berkenaan ketika mereka sedang dalam proses menahan nelayan Malaysia itu.

Laporan media sebelum ini memetik Ketua Pengarah Pengawasan dan Pengendalian Sumber Daya Kelautan dan Perikanan Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia, Aji Sularso sebagai berkata bahawa kejadian itu berlaku dalam perairan Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain