Keputusan Kes Azhar Dikemukakan Ke DUN Untuk Tindakan - Semasa | mStar

Keputusan Kes Azhar Dikemukakan Ke DUN Untuk Tindakan

GEORGE TOWN: Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan mengemukakan keputusannya berhubung kedudukan ketua pembangkang di dewan itu, Datuk Azhar Ibrahim, yang didakwa melanggar peraturan dewan dengan menyebut perkataan disifatkan berunsur hasutan pada persidangan DUN November ini.

Speaker dewan Abdul Halim Hussain memberitahu pemberita bahawa mesyuarat jawatankuasa itu hari ini telah mendengar penjelasan terperinci daripada Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berhubung dakwaan itu.

Usul untuk merujukkan Azhar ke jawatankuasa itu dicadangkan oleh Jagdeep Singh (DAP-Datuk Keramat) yang mendakwa Azhar melanggar peraturan 46 DUN yang melarang mana-mana anggota DUN menyebut perkataan berunsur hasutan.

Ditanya bentuk tindakan yang akan dikenakan terhadap wakil Barisan Nasional itu, Abdul Halim berkata: "Kita tunggu sidang DUN nanti...biasanya ada yang hanya dikenakan amaran dan ada juga yang dikenakan penggantungan daripada menghadiri persidangan."

Abdul Halim berkata bahawa pada persidangan akan datang, setiap ADUN akan diberi senarai perkataan bersifat hasutan agar mereka tidak menggunakannya ketika persidangan berlangsung kerana ia boleh menimbulkan kekecohan.

Azhar yang ditemui pemberita selepas memberi keterangan berkata, beliau masih boleh menghadiri persidangan DUN Pulau Pinang pada November ini.

"Setakat ini apa salah saya belum dituduh lagi. Tadi saya telah jelaskan kepada jawatankuasa apa yang saya maksudkan ketika persidangan lepas, saya tidak mengugut tetapi hanya sekadar nasihat dan beri peringatan sahaja supaya tidak menghina anggota Umno," katanya.

Azhar berkata, peringatan itu bertujuan mengelak perkara yang tidak diingini berlaku seperti darurat dan menggunakan kuasa tentera untuk menjaga keamanan jika berlaku pemberontakan akibat daripada penghinaan terhadap orang Melayu.

"Saya telah melalui zaman itu, keadaan darurat, ia sangat memeritkan jadi saya beri ingatan supaya perkara itu tidak berulang lagi kerana ia sangat sukar," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain