suria

Polis Tahan 21 Wanita Asing Disyaki Pelacur

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima wanita Thailand dan 16 wanita China berumur antara 25 dan 30 tahun yang disyaki pelacur dalam serbuan berasingan "Ops Noda" di Bandar Puteri 5 dan Seri Kembangan dekat sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang Supritendan Abd Razak Elias berkata dalam serbuan pertama pada kira-kira pukul 5.30 petang ke atas sebuah premis makanan di Bandar Puteri 5, polis memberkas lima wanita Thailand dan enam wanita China.

"Kami percaya premis itu juga menawarkan khidmat seks, dan pemilik premis itu seorang lelaki Cina berumur 25 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata dalam serbuan kedua di sebuah restoran di Seri Kembangan pada kira-kira pukul 2 pagi ini pula selain 10 wanita China, 10 lelaki tempatan berumur sekitar 40-an yang disyaki pelanggan turut ditahan.

Katanya kesemua mereka ditahan reman seminggu bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 55B, Akta Imigresen 1959 kerana menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain