suria

Ribuan Terjejas Banjir Di Selatan Filipina

COTABATO: Ribuan mangsa terpaksa berpindah berikutan banjir kilat berpunca daripada hujan lebat sejak beberapa hari lalu di selatan Filipina, menurut pihak berkuasa tempatan di sini, Rabu.

Laporan agensi berita Xinhua menyebut, lebih 14,000 orang telah dipindahkan ke pekan Pagalungan apabila banjir mula melanda perkampungan mereka, menurut Datuk Bandar Norodin Matalam.

"Sehingga kini, tiada korban dilaporkan. Tanaman ladang di sesetengah kawasan telah musnah. Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial sudah menyalurkan bantuan untuk mangsa terbabit," kata Matalam.

Awal minggu ini, sekurang-kurangnya 8,200 keluarga turut terkesan akibat banjir di pekan Sultan Kudarat.

Bahagian kawalan bencana tempatan sedang memantau situasi itu dengan teliti dan bersiap-sedia untuk pemindahan besar-besaran penduduk terbabit sekiranya situasi bertambah buruk. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain