Tertuduh Akui Beri Maklumat Palsu Pada Polis: Pegawai Penyiasat - Semasa | mStar

Tertuduh Akui Beri Maklumat Palsu Pada Polis: Pegawai Penyiasat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Raja Mohd Idzham Raja Ibrahim, tertuduh kedua dalam kes membakar gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati pada Januari lepas, mengakui memberi maklumat palsu dalam laporan polis yang dibuat atas nama abangnya, Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim pada 8 Januari lepas.

Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Asisten Supritendan Tan Chek Yang, 34, berkata, semasa disoal siasat, Raja Mohd Idzham mengaku laporan yang mengatakan abangnya yang juga tertuduh pertama dalam kes itu cedera akibat membakar sampah di rumah rakan mereka adalah palsu.

"Daripada soal siasat itu, Raja Mohd Idzham memberitahu bahawa abangnya tercedera ketika membakar sampah di rumah rakan mereka, Hamzan Zainal Abidin di Hulu Klang di sini dan saya sendiri pergi ke tempat kejadian untuk mendapatkan maklumat," katanya ketika disoal balas peguam Datuk Hanif Hashim yang mewakili adik-beradik itu.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi, sama ada beliau mengenali Hamzan, Tan menjawab: "Tidak".

Dalam perbicaraan ini, Raja Mohamad Faizal, 24; Raja Mohamad Idzham, 22; dan Azuwan Shah Ahmad, 23; didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar gereja di Jalan 4/4C, Desa Melawati itu pada 11.50 malam 7 Januari lepas.

Ketiga-tiga tertuduh yang bekerja sebagai penghantar surat didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Tan, saksi ke-24 pendakwaan, menafikan bahawa dia telah berjumpa dengan saksi penting, Hamzan, yang bertugas sebagai guru dan rakan tertuduh, ketika pergi ke tempat kejadian.

"Saya tidak berjumpa dengan Hamzan sebaliknya saya berjumpa dengan tuan rumah iaitu bapa Hamzan, Zainal Abidin Ibrahim, tetapi saya meminta pegawai saya, Inspektor Hanis dari Balai Polis Kepong untuk merakam keterangan Hamzan," katanya.

Tan berkata bahawa daripada rakaman percakapan antara Hamzan dan Hanis, Hamzan telah mengesahkan Raja Mohd Faizal dan adiknya berada di rumahnya dan melakukan pembakaran sampah di kawasan rumah itu yang mengakibatkan kedua-duanya telah mengalami kecederaan.

Hakim S.M. Komathy Suppiah kemudian menetapkan Jumaat ini bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan secara bertulis.

Seramai 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan selama lima hari itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Syed Hamid Albar Nafi Ada Dana Politik

Artikel Berikut

Tiga Didakwa Bunuh Pengurus Kafe

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain