suria

Pelajar Politeknik Maut Motosikal Berlanggar Dengan Kereta

KOTA BAHARU: Seorang penuntut akhir Politeknik Kota Baharu maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Kadok, dekat sini pagi Ahad.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7 pagi semasa Amir Afrieza Ismail, 23, yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Elektrik sedang dalam perjalanan dari pekan Kedai Mulong ke kolej, apabila ia berlanggar dengan sebuah kereta jenis Kenari.

Abang Allahyarham, Jamsari Ismail, 35, berkata adiknya itu meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menyiasat. - BERNAMA

Artikel Lain