Polis Tahan Lelaki Sorok Botol Heroin Dalam Dubur - Semasa | mStar

Polis Tahan Lelaki Sorok Botol Heroin Dalam Dubur

KOTA BAHARU: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penagihan dadah terpaksa dihantar ke hospital sejurus selepas ditahan polis kerana menyembunyikan enam botol dadah di dalam duburnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan Supt Md Azmi Othman berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Ketereh, dekat sini, awal pagi semalam.

"Serbuan dilakukan kira-kira pukul 1 pagi semalam dan hasil pemeriksaan di dalam rumah suspek itu, polis menemui dadah jenis heroin yang diletakkan dalam satu botol lutsinar sebesar jari kelingking.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku mempunyai enam lagi botol heroin yang sama disorokkan dalam duburnya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau berkata lelaki itu dibawa ke hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) untuk mengeluarkan botol berkenaan.

"Hanya lima botol yang dapat dikeluarkan. Doktor turut melakukan X-Ray dan hasilnya mereka melihat masih ada objek kehitaman yang dipercayai botol plastik mengandungi dadah itu," katanya.

Beliau berkata lelaki itu kemudian dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu dan botol itu dikeluarkan oleh suspek ketika ditahan dalam lokap pada pukul 6.10 petang. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain