Imigresen Selangor Tahan 26 Warga Asing, Kebanyakannya Pekerja Restoran - Semasa | mStar

Imigresen Selangor Tahan 26 Warga Asing, Kebanyakannya Pekerja Restoran

KLANG: Jabatan Imigresen Selangor menahan 26 warga asing dalam satu operasi di Jalan Tengku Kelana, atau kawasan yang sering dirujuk sebagai Little India di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor Johari Supardi berkata mereka ditahan kerana melanggar peraturan-peraturan imigresen seperti visa dan pasport yang tamat tempoh, tiada permit kerja, dan menjalankan kerja yang lain daripada yang dinyatakan dalam permit.

Beliau berkata semua yang ditahan dalam operasi pada kira-kira pukul 3 petang itu berumur antara 20 dan 40 tahun, dengan tiga daripada mereka ialah wanita warga Indonesia, manakala 23 orang lagi merupakan lelaki warga India dan Bangladesh.

Menurutnya mereka yang ditahan akan dihantar ke depot tahanan imigresen di Sepang.

"Kebanyakan yang ditahan merupakan pekerja di restoran-restoran di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Johari berkata pihaknya turut menyiasat lima majikan di kawasan berkenaan yang didapati menggaji warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dalam operasi itu.

Menurutnya semasa pemeriksaan ramai majikan enggan mengakui yang mereka menggaji pekerja asing berkenaan, malah ada antara mereka yang memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Ibrahim Ali Saman The Sun RM5 juta

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain