KUANTAN: Seorang buruh yang sedang menebang pokok balak di hutan Lakum, Lanchang dekat Temerloh maut selepas kepalanya dihempap dahan pokok tersebut.Mangsa, Mohd Sukirman Abdullah, 39, berasal dari Kuala Lipis meninggal serta-merta di tempat kejadian selepas tempurung kepalanya terkoyak dan pecah dalam kejadian kira-kira 4.50 petang semalam. Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian tersebut berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja penebangan pokok balak di hutan berkenaan sebelum sebatang dahan pokok balak berdiameter 12 inci menghempap kepalanya."Mangsa rebah ke tanah dan disedari rakan-rakannya yang berada di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.Katanya mereka kemudian menghubungi pihak polis sebelum mangsa dibawa ke Hospital Temerloh untuk bedah siasat. - BERNAMA