Sasaran Pengurangan 40 Peratus Pelepasan Gas Karbon Dicapai - Semasa | mStar

Sasaran Pengurangan 40 Peratus Pelepasan Gas Karbon Dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin sasaran pengurangan pelepasan gas karbon dioksida kepada 40 peratus menjelang tahun 2020 berbanding paras pada 2005 mampu dicapai, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata sebagai strategi permulaan, kerajaan telah menyediakan kerangka pelan yang meliputi tiga program utama iaitu kecekapan penggunaan tenaga, tenaga boleh diperbaharui dan urusan sisa pepejal.

"Bagi program ini, usaha-usaha kecekapan tenaga seperti penggunaan peralatan cekap tenaga dan aspek reka bentuk bangunan yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga di sektor industri dan komersial akan dilaksanakan.

"Umpamanya seperti mana yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini yang akan menghentikan pembuatan, pengimportan dan penjualan lampu pijar pada tahun 2014 yang dijangka dapat mengurangkan sembilan juta tan karbon," katanya menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Khairy ingin tahu langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan bagi mencapai sasaran pengurangan pengeluaran karbon sebanyak 40 peratus, seperti yang telah dipersetujui di Copenhagen, Denmark.

Uggah berkata lebih banyak tenaga dari sumber yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan bahan buangan akan digunakan serta dijangka dapat mengurangkan 11 juta tan karbon.

"Bagi menguruskan sisa pepejal, kita juga menggariskan ciri-ciri yang boleh menyumbangkan kepada pengurangan pelepasan karbon seperti kitar semula," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain