Pelajar Hilang Ketika Mandi Ditemui Lemas - Semasa | mStar

Pelajar Hilang Ketika Mandi Ditemui Lemas

KUALA KRAI: Anak Pengurus Pusat Operasi Zon Timur HPA Industries Sdn Bhd yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama tiga rakannya di muka kuala Sungai Lebir-Sungai Galas, dekat Kubur Dala, Kampung Tualang, di sini, kelmarin ditemui lemas petang semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd Nasir Hassan berkata mayat mangsa, Muhammad Khairi Ismail, 18, ditemui terapung oleh orang awam berhampiran Kampung Batu Lada kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada jam 5.35 petang.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 6.20 petang semalam ketika mangsa sedang mandi bersama tiga lagi rakannya sebelum dia dilaporkan tiba-tiba hilang dipercayai hanyut dibawa arus.

"Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, dekat sini itu, yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata bomba mula memantau kawasan mangsa dilaporkan hilang pada jam 8 pagi tadi sebelum operasi mencari dan menyelamat oleh sembilan anggota Unit Skuba dimulakan pada jam 11 pagi dengan dibantu 13 anggota polis dan 30 penduduk. Beliau berkata kejadian petang semalam berlaku ketika mangsa bersama tiga rakannya, Mohd Naim Aizat Zulfatah, 14, Mohd Afiq Ariff, 14, dan Hamizat Che Hasim, 35, sedang mandi di kuala dua sungai berkenaan yang membentuk Sungai Kelantan, dekat Kampung Tualang, di sini.

Sementara itu, bapa mangsa, Ismail Omar berkata anak keempat daripada lima beradik itu keluar dari rumah selepas solat Asar untuk mandi sambil mencari 'etak' (siput kecil) di sungai berkenaan.

"Sebelum keluar, Muhammad Khairi beritahu emaknya yang dia nak keluar ke sungai untuk cari 'etak'. Emak dia sempat pesan supaya berhati-hati dan dia jawab, tak apa dan tak payah risau," katanya.

Ismail berkata beliau menerima berita mengenai kejadian menimpa anaknya daripada isteri, Fauziah Mohd Zain kira-kira jam 6 petang semalam ketika dalam perjalanan pulang dari Kota Baharu.

Katanya Muhammad Khairi pandai berenang dan sudah biasa mandi di sungai berkenaan sebelum ini.- BERNAMA

Artikel Sebelum

PAS Sedia Terima Zulkifli

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain