suria

MCA Lancar Pusat Khidmat Komuniti Bergerak Bagi Sokong Gagasan 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Unit penjagaan kesihatan bergerak yang juga pusat khidmat komuniti bergerak dilancarkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat pada Ahad sebelum mesyuarat agung tahunan MCA di Wisma MCA di sini.

Klinik bergerak itu akan menyediakan perkhidmatan seperti pemeriksaan asas kesihatan dan pemberian ubat sebagai sebahagian usaha MCA menyokong gagasan 1Malaysia.

Ong melancarkan dua unit, masing-masing untuk Lembah Klang dan Johor. Lebih banyak unit dijangka diperkenalkan tidak lama lagi. - BERNAMA

Artikel Lain