Muhyiddin Anggap Tindakan Chua Boleh Kuatkan MCA - Semasa | mStar

Muhyiddin Anggap Tindakan Chua Boleh Kuatkan MCA

PUTRAJAYA: Keputusan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan tujuh lagi anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA meletak jawatan supaya pemilihan baru diadakan merupakan satu langkah yang baik dalam usaha menjadikan parti itu kuat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini kerana tumpuan Barisan Nasional (BN) kini ialah untuk memperkukuhkan parti berkenaan.

"Perdana Menteri pun dah selalu sebut, ini (memperkukuhkan parti) perlu diambil kira kerana masa tidak menyebelahi kita.

"Kalau langkah sebegini sudah dimulakan oleh MCA, bagi saya satu langkah yang baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Jalur Lebar di sini semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Chua, yang juga Timbalan Presiden MCA dan tujuh lagi anggota CC MCA, yang hari ini meletak jawatan dan mahu agar pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.

Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa itu berbuat demikian. Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berpendapat langkah yang paling baik dalam menyelesaikan krisis dalaman MCA ialah dengan mengadakan pemilihan baru.

"Ini adalah pandangan banyak pihak dan bila ada keputusan sebegini, maka mereka sudah mula respon pada pandangan yang melihat bahawa MCA perlu dipulihkan. Integriti dan persepsi masyarakat (terhadap MCA) perlu diperbaiki.

"Saya serahkan kepada pemimpin yang ada kerana kita mahu supaya MCA kuat pasal dia (parti itu) adalah rakan utama dalam BN.

"Dan saya kira masyarakat Cina yang sejak dulu pun memberikan perhatian pada soal parti seperti pada MCA, mahukan hal seperti ini dilakukan," katanya.

Ditanya sama ada pemilihan baru itu akan dapat menyelesaikan krisis dalaman MCA, Muhyiddin berharap ia akan menjadi langkah pemulihan ke arah itu.

"Yang pastinya tidak semudah itu tetapi setidaknya sudah dimulakan. Ini kerana selepas ini, langkah dan inisiatif yang seterusnya boleh diambil oleh pemimpin dalam parti untuk mewujudkan hubungan yang lebih baik dan kerjasama yang lebih erat.

"Inilah hasil yang ingin kita lihat selepas proses pemilihan baru dilangsungkan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

M'sia Mohon Kuota Tambahan Khas Haji

Artikel Berikut

Pairin Elak Soalan Mengenai Persaraan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain