BN Perlu Teliti Cadangan Pinda Perlembagaan Untuk Perluas Jaringan Sahabat - Semasa | mStar

BN Perlu Teliti Cadangan Pinda Perlembagaan Untuk Perluas Jaringan Sahabat

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu meneliti secara terperinci semua cadangan pindaan perlembagaan parti yang akan melibatkan perluasan jaringan sahabat kepada kumpulan yang mendukung parti kerajaan itu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada masa kini, BN tidak boleh menerima mana-mana badan yang hendak bergabung atau ingin bersekutu dengan BN kerana itu tidak terkandung di dalam perlembagaan parti.

"Sejak sekian lama, banyak pertubuhan politik atau bukan politik menyokong BN dan bersetuju dengan dasar BN, dan kalau boleh mahu bersama-sama dalam organisasi BN.

"Atas dasar itu, kita berpendapat memang sudah sampai masa supaya jaringan sahabat ini kita perluaskan tapi bagaimana corak itu dilaksanakan akan diteliti oleh jawatankuasa pengurusan yang dipengerusikan oleh saya sebelum dibawa ke jawatankuasa tertinggi BN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus anjuran Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) di sini, semalam.

Beliau berkata semua parti komponen diminta menghantar wakil-wakil mereka di dalam jawatankuasa khusus bagi mengkaji cadangan pindaan perlembagaan itu yang akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mengkaji bentuk pindaan yang boleh dibuat.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Dewan Tertinggi BN berkata antara cadangan pindaan perlembagaan yang perlu diberi perhatian ialah daripada aspek memberi ruang kepada badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan politik atau orang perseorangan yang mahu menyertai BN.

"Kita harus meneliti pro dan kontra beberapa cadangan sama ada ia nak dibuka kepada badan-badan pertubuhan politik sahaja atau ia akan dibuka kepada badan bukan politik seperti organisasi ekonomi, NGO sosial dan kebajikan yang mendukung perjuangan BN dan mahu bersama-sama BN.

"Atau adakah kita boleh menerima permohonan individu untuk menjadi ahli B Nsecara langsung itu pun kita harus teliti.

"Itupun ada pro dan kontra, apapun perkara ini akan kita perhalusi," katanya.

Menurutnya perbincangan mengenai cadangan pindaan ini akan disiapkan untuk dibentangkan pada konvensyen BN hujung tahun ini.

Semalam, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa satu konvensyen parti itu akan diadakan bagi meminda perlembagaan BN untuk memberi pengiktirafan kepada parti-parti politik, NGO dan individu yang cenderung menyokong mereka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain