suria

Dua Rakyat Thai Ditahan Kerana Cubaan Seludup Minyak

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Langkawi menahan dua rakyat Thailand yang cuba menyeludup minyak petrol apabila menahan sebuah bot di perairan pantai Tanjung Kemarung di sini, awal hari ini.

Lelaki berumur antara 26 dan 30 tahun itu ditahan anggota APPM yang membuat rondaan di perairan negara pada pukul 4.40 pagi.

Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara APMM Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata pihaknya turut merampas 600 liter minyak petrol yang diisi dalam 18 tong.

Minyak yang dirampas itu dianggar bernilai RM1,680, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki, bot dan minyak yang dirampas itu dibawa ke Jeti Perikanan Bukit Malut di sini untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Lain