Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 3.7 Kg Ganja - Semasa | mStar

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 3.7 Kg Ganja

SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki secara berasingan dan merampas ganja seberat 3.7 kilogram (kg) serta dua buah kereta yang kesemuanya bernilai RM109,000 di Subang Jaya dan Petaling Jaya dekat sini Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Nordin Kadir berkata polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dalam sebuah bilik pangsapuri di Subang Jaya Isnin lepas pukul 9.30 malam.

Beliau berkata polis juga menemui lima ketulan mampat, dua paket plastik lutsinar dan sehelai surat khabar yang mengandungi daun kering yang dipercayai dadah jenis ganja seberat 3.7kg.

Berdasarkan maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor melakukan serbuan di pangsapuri itu, katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Polis juga menahan seorang lagi lelaki beberapa jam kemudian pada hari yang sama di Petaling Jaya dan merampas wang tunai bernilai kira-kira RM50,000 dipercayai hasil jualan ganja.

Beliau berkata lelaki berusia akhir 20-an itu adalah rakan kongsi lelaki pertama yang ditahan di Subang Jaya.

Katanya, polis turut merampas dua buah kereta jenis Honda Accord dan Proton Waja dipercayai milik kedua-dua suspek terbabit.

Nordin berkata nilai bagi kesemua barangan yang dirampas termasuk dadah jenis ganja itu ialah RM109,000.

Beliau berkata siasatan juga mendapati, kesemua dadah jenis ganja yang siap dipaket itu dipercayai dijual dengan harga antara RM100 dan RM3,000 kepada pelanggan tetap kedua-dua suspek terbabit.

Katanya, kedua-dua lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengenai penglibatan warganegara Iran dalam kes cubaan menyeludup dadah jenis syabu di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Nordin berkata polis akan melakukan pemantauan berterusan memandangkan terdapat empat hingga lima penerbangan dari negara Timur Tengah ke KLIA setiap hari.

Beliau berkata polis juga akan memantau modus operandi sindiket membabitkan warganegara Iran yang menggunakan pelbagai taktik menyorok dadah supaya dapat meloloskan diri mereka daripada kawalan pemeriksaan.

Katanya, untuk rekod bagi tahun ini sahaja polis telah menahan 41 warganegara Iran membabitkan kes penyeludupan dadah di Selangor dan Kuala Lumpur. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain