Seorang Wanita Mati Dalam Kebakaran Rumah Flat Di Seremban 2 - Semasa | mStar

Seorang Wanita Mati Dalam Kebakaran Rumah Flat Di Seremban 2

SEREMBAN: Seorang suri rumah maut apabila terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah unit rumah di Flat Chempaka, Seremban 2 di sini, pagi ini.

Mayat K. Thanawali, 45, ditemui di bilik tidur rumah tersebut yang terletak di tingkat teratas bangunan empat tingkat itu.

Ketika kejadian mangsa berada di rumah itu seorang diri manakala dua orang anaknya dipercayai pergi ke rumah ibu saudara mereka, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri Md Salleh Sarbini ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 3.59 pagi dan seramai 17 anggota bomba bersama tiga jentera dan sebuah 'skylift' dari Seremban dan Seremban 2 dikejarkan ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit.

Dalam satu kejadian berasingan juga pada pagi ini, Md salleh berkata anggota bomba berjaya menyelamatkan tiga pekerja yang terperangkap dalam kebakaran sebuah kilang tekstil di Nilai dekat sini.

"Mereka terperangkap di tingkat tiga bangunan kilang itu akibat asap tebal," katanya menambah pihak bomba menerima panggilan pada pukul 9.07 pagi.

Seramai enam pegawai serta 31 anggota bersama 10 jentera dari Mantin, Seremban, Seremban 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Bangi dan Nilai dikejarkan ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal dalam tempoh dua jam.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian dalam kedua-dua kejadian masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain