suria

Empat Kilang Musnah Dalam Kebakaran

KUALA LUMPUR: Empat kilang termasuk dua kilang perabot musnah dalam kebakaran di Kampung Baru, Sungai Buloh, dekat sini awal hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohd Nasir Abdul Ghani berkata, kebakaran pada kira-kira pukul 1.40 pagi itu membabitkan deretan empat kilang mencapai sehingga 150x150 kaki persegi.

Menurutnya, api dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 11.36 pagi.

"Enam jentera termasuk tiga dari Balai Bomba Sungai Buloh dan masing-masing satu dari Shah Alam, Jelutong dan Damansara dengan 31 anggota terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran," katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain