Senarai Terkini Anggota UMNO Dipamer Mulai 15 Mac - Semasa | mStar

Senarai Terkini Anggota UMNO Dipamer Mulai 15 Mac

PUTRAJAYA: Senarai terkini anggota Umno akan dipamer selama sebulan di semua pejabat cawangan dan bahagian parti mulai 15 Mac ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Beliau berkata langkah itu dibuat bagi memutihkan senarai anggota selain mengenal pasti mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih.

"Menerusi proses pemutihan ini kita akan mengeluarkan nama anggota Umno yang telah meninggal dunia atau berpindah parti," katanya kepada pemberita di sini.

Tengku Adnan berkata bagi yang mendapati nama mereka tiada dalam senarai pula boleh membuat aduan di semua pejabat cawangan Umno atau menghubungi ibu pejabat parti.

"Senarai sebenar anggota Umno akan dikeluarkan sebelum mesyuarat peringkat cawangan bermula pada Mei ini," katanya.

Sehingga kini Umno mempunyai 3.6 juta anggota. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Semua Program Matang Perlu Dapat Tauliah MQA

Artikel Berikut

Sultan Johor Mangkat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain