Tiga Buruh Binaan Dibelasah 10 Lelaki Di Hadapan Hotel - Semasa | mStar

Tiga Buruh Binaan Dibelasah 10 Lelaki Di Hadapan Hotel

KUANTAN: Tiga buruh binaan dari Cheras, Kuala Lumpur cedera selepas dibelasah kira-kira 10 lelaki di hadapan sebuah hotel yang diduduki mereka di Jalan Wong Ah Jang di sini.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian kira-kira 12.30 tengah malam Jumaat lepas bermula apabila ketiga-tiga buruh yang berusia dari 31 hingga 41 tahun itu didatangi dua lelaki yang tidak dikenali bersenjatakan pisau dan kayu di bilik hotel kononnya untuk menyelesaikan masalah dengan salah seorang daripada mangsa.

Beliau berkata dua lelaki terbabit kemudian meminta wang daripada lelaki berkenaan namun dia enggan memberinya menyebabkan suspek merampas tiga telefon bimbit milik mangsa dan menumbuk serta menendang mereka sebelum melarikan diri. "Ketiga-tiga mangsa yang merasakan tidak selamat berada di situ kemudian bertindak untuk keluar dari bilik sebelum mendapati kira-kira 10 lelaki sedang menunggu mereka di luar hotel dan terus memukul kesemua mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noor Asyikin berkata mangsa berjaya melepaskan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda milik syarikatnya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Ekoran itu, katanya polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang beralamat di Bandar Permaisuri, Terengganu Sabtu lepas dan kini giat memburu kesemua rakannya yang terlibat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Noor Asyikin berkata seorang buruh sambilan ditahan polis ketika sedang menaiki sebuah motosikal yang dicurinya di sebuah rumah di Kampung Baru Pulau Keladi dekat Pekan, Sabtu lepas.

Katanya lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di kawasan tapak pasar malam Peramu Jaya Tiga dekat Pekan selepas kira-kira tujuh jam mencuri motosikal itu.

Katanya polis bertindak menahan suspek selepas menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 46 tahun mengenai kehilangan motosikal yang diletaknya di hadapan rumah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Tekankan Aspek Keselamatan - Muhyiddin

Artikel Berikut

TI-M Sokong Refomasi Bendung Rasuah Politik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan